Pesanan IQOS. Cara anda.
Sama ada anda mahu cuba peranti IQOS baharu, atau gayakan IQOS anda dengan aksesori, kami memudahkan pembelian agar anda yakin dapat apa yang anda mahu.
![]()
Atas talian, di mana saja
Mudah & selamat: Masukkan ke troli, buat bayaran dengan pantas, kami akan hantar terus ke anda.
![]()
IQOS Stores
Kenali IQOS dan temui padanan sempurna untuk anda dengan nasihat pakar.
Ketersediaan produk mungkin berbeza mengikut saluran. Sesetengah peranti hanya terdapat di laman web kami atau IQOS Stores.
Buat pesanan IQOS dalam beberapa langkah mudah.
Masa anda amat beharga. Sebab itu kami sediakan proses pesanan online ringkas untuk IQOS dengan pelbagai pilihan pembayaran serta kemudahan menjejak & mengurus pesanan terus di hujung jari anda.
Pantau pesanan anda.
Kami akan emelkan pengesahan lengkap dengan semua info untuk anda menjejak pesanan. Log masuk ke profil anda bila-bila masa untuk semak status.
Selepas log masuk, anda boleh lihat:
Butiran pesanan
- Nombor pesanan (ID unik)
- Tarikh pesanan dibuat
- Barang ditempah: produk, kuantiti & status semasa
- Status pesanan: Sedang diproses, dalam penghantaran, atau dihantar
Maklumat bil
- Kaedah pembayaran digunakan
- Jumlah kos & caj penghantaran
- Diskaun (jika terpakai)
Maklumat penghantaran
- Kaedah & alamat penghantaran
- Tarikh jangkaan penghantaran
- Nombor tracking & pautan untuk jejak
Perhatian:
- Apabila penghantaran sampai, anda perlu tunjukkan ID untuk pengesahan umur.
- Orang lain tidak boleh menerima penghantaran IQOS bagi pihak anda.
Urus pesanan dengan mudah secara online.
Selepas buat pesanan, anda akan terima emel pengesahan lengkap dengan semua info penghantaran. Anda juga boleh log masuk ke profil IQOS untuk semak status.
Penghantaran IQOS dipermudahkan.
Ingin tahu cara IQOS anda dihantar? Semak semua butiran mengenai pilihan penghantaran dan cara menjejak pesanan anda.
Pembayaran pantas & pemulangan mudah.
Kami tawarkan kaedah pembayaran yang boleh dipercayai. Jika anda berubah fikiran, anda boleh minta pemulangan bayaran jika syarat dipenuhi.
Semak status pembayaran atau pemulangan
Pilihan pembayaran selamat seperti:
- Kad bank (kredit/debit): Visa atau Mastercard
- Debit terus (FPX)
- eWallet (TnG, GrabPay, DuitNow QR, ShopeePay, Boost)
- Bayar kemudian dengan GrabPay
Perhatian:
- Apabila penghantaran sampai, anda perlu tunjukkan ID untuk pengesahan umur.
- Orang lain tidak boleh menerima penghantaran IQOS bagi pihak anda.
Nikmati penjimatan segera dengan memasukkan kod diskaun sah semasa checkout. Jika tiada kod, jangan risau kerana kami sentiasa menawarkan promosi istimewa secara online dan di dalam kedai untuk memberi anda tawaran lebih baik. Kod diskaun boleh diperoleh melalui emel kami atau dengan melayari laman web IQOS.
Jenis kod diskaun IQOS:
Kod promo
Daftar emel IQOS untuk dapatkan kod promo atau semak di laman kami.
Masukkan kod semasa checkout di ruangan kod promo & nikmati diskaun segera.
Sebagai peringatan, kod promo mungkin ada tarikh luput dan tidak boleh digabungkan dengan tawaran lain.
Kod referral
Daftar akaun IQOS untuk dapatkan kod referral unik.
Daftar akaun IQOS untuk dapatkan kod referral unik.
Kongsi dengan rakan perokok dewasa yang mahu berhenti merokok & beralih ke dunia bebas asap. Anda akan menerima ganjaran RM30 untuk setiap rujukan yang berjaya (sehingga 15 rujukan), manakala rakan perokok dewasa anda akan nikmati diskaun RM60 untuk pembelian pertama peranti IQOS.
Soalan lazim tentang pesanan IQOS.
Pilih model IQOS ILUMA yang anda mahu, kemudian pilih warna peranti pilihan dan masukkan ke dalam troli. Selepas menambah item ke troli, mesej pengesahan akan dipaparkan. Jika anda tersilap memasukkan produk, klik “Remove” pada troli belian dan senarai anda akan dikemas kini secara automatik.
Jika anda mempunyai kod diskaun, masukkan ia di ruangan kod promo semasa checkout. Selepas kod digunakan, mesej akan muncul untuk mengesahkan ia telah berjaya. Untuk meneruskan pembayaran, klik “Proceed to checkout”, masukkan butiran anda termasuk alamat penghantaran, pilih kaedah pembayaran, dan anda akan diarahkan ke halaman akhir dengan ringkasan pesanan.
Selepas pesanan dibuat, anda akan menerima dua emel. Emel pertama mengandungi ringkasan pesanan dan pengesahan pembayaran. Emel kedua mengandungi butiran penghantaran sebaik sahaja pesanan dihantar. Jika anda tidak menerima emel ini, sila semak folder Spam anda.
Ya. Untuk membuat pesanan di IQOS.com, anda perlu menjadi pengguna berdaftar. Anda boleh mendaftar terus di laman web di bahagian “Sign in/Register” dengan memilih “Register”. Selepas mendaftar, anda akan menerima emel dengan kod pengesahan untuk mengesahkan alamat emel anda. Selepas pengesahan selesai, anda perlu melengkapkan semakan umur sebelum membeli secara online.
Jika anda sudah mempunyai akaun IQOS, anda hanya perlu log masuk menggunakan emel dan kata laluan anda. Jika terlupa kata laluan, klik “Forgot your password” untuk menerima emel yang membolehkan anda menetapkan kata laluan baharu.
Untuk membatalkan pesanan, sila hubungi IQOS Customer Care Team di 1800-81-0958 atau emel ke contact.my@iqos.com
Jika pesanan sudah diterima, anda berhak untuk berubah fikiran dan memulangkan produk dalam tempoh tidak lebih daripada 14 hari dari tarikh penerimaan.
Ya. Sebaik sahaja pesanan anda dibungkus dan dihantar, status akan dikemas kini dalam seksyen “My Orders” pada akaun anda. Pesanan anda seterusnya akan diuruskan oleh rakan kurier kami, City-Link Express, yang akan memberikan kemas kini tracking sepanjang proses penghantaran.