Pemulangan IQOS.

Dapatkan info lengkap tentang pemulangan & bayaran balik.

Memudahkan pemulangan IQOS, tanpa mengira sebab.

Kepuasan anda keutamaan kami. Sebab itu kami jadikan pemulangan produk lebih ringkas & cepat.

Belian online

Anda boleh pulangkan dalam masa 14 hari selepas terima pesanan.

Log masuk untuk pemulangan

Langkah ringkas untuk pulangkan pesanan IQOS.

Kami mahu anda puas hati dengan setiap pembelian. Jika produk tidak sesuai untuk kegunaan anda, proses pemulangan berdasarkan Polisi Pemulangan kami amat mudah. Anda cuma perlu log pemulangan, bungkuskan semula produk, dan kami akan uruskan penghantaran balik secara percuma bagi memproses bayaran balik secepat mungkin.

Pulangkan pesanan online

Simple steps to return IQOS orders.

Anda beli produk secara online?

Pesanan dari IQOS.com tidak boleh dipulangkan ke kedai IQOS. Semua pemulangan mesti dibuat secara online.

Pulangkan pesanan online

Anda boleh memulangkan semua Peranti dan Aksesori yang dibeli secara online dari IQOS.com.

Perhatian:

Apabila penghantaran sampai, anda perlu tunjukkan ID untuk pengesahan umur.

Orang lain tidak boleh menerima penghantaran IQOS bagi pihak anda.

Ingin pulangkan pesanan online?

Jika pesanan anda terdiri daripada beberapa produk, anda boleh pilih mana yang ingin dipulangkan. Semua pemulangan mesti dilog dalam masa 14 hari dari tarikh diterima.

Pulangkan pesanan online

Cara pulangkan pesanan IQOS:

Hantarkan permintaan pemulangan online & kurier pilihan kami akan hubungi anda.

 

Online di IQOS.com

Log masuk ke akaun IQOS anda

Pergi ke sejarah pesanan.

Pilih item untuk dipulangkan.

Masukkan produk semula dalam bungkusan asal.

Kurier kami akan ambil bungkusan anda.

 

Kos dan bayaran balik

Pemulangan adalah percuma.

Selepas barang diterima & disemak, bayaran balik akan dipulangkan melalui kaedah pembayaran asal anda.

Status pesanan akan dikemas kini di profil IQOS anda dan bayaran balik akan masuk dalam tempoh 14 hari.

Semak status bayaran balik

 

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Polisi Pemulangan IQOS.

Pesanan IQOS lebih mudah.

Nak buat pesanan baru? Lihat cara mudah untuk pesan, jejak pesanan & uruskan semuanya.

Ketahui tentang pesanan IQOS

FAQs about IQOS returns.

Pesanan dari IQOS.com tak boleh dipulangkan di kedai IQOS. Untuk pesanan online, hantar permintaan pemulangan dari akaun IQOS anda atau hubungi pasukan IQOS Customer Care untuk bantuan.

Jika pesanan anda sampai dalam keadaan tidak lengkap atau rosak, sila pulangkannya.

Untuk lakukannya: Dalam masa 14 hari dari tarikh ia diterima, log masuk ke akaun IQOS anda dan klik bahagian ‘My Orders’. Sila pilih pesanan anda dan klik ‘Return Order’.

Kurier pilihan kami akan hubungi anda.

Atau, anda juga boleh hubungi pasukan khidmat pelanggan untuk dapatkan bantuan.

Tempoh pemulangan untuk produk dari IQOS.com adalah 14 hari dari tarikh anda terima pesanan anda.

Ya, tapi anda hanya boleh pulangkan peranti IQOS secara percuma untuk pesanan dari IQOS.com atau telefon. Sekiranya peranti IQOS dibeli daripada IQOS Authorised Centres atau pengedar sah kami, pemulangan melalui IQOS.com tidak dapat dilakukan. Sebaliknya, sila kunjungi IQOS Authorised Centres terdekat atau pengedar sah kami untuk mendapatkan bantuan lanjut.

Gunakan bungkusan asal apabila menghantar semula peranti IQOS jika boleh.

Sebelum menghantarnya, pastikan peranti anda tidak ada/tidak pernah ada masalah berikut :

· Sarung mengembung atau retak/pecah

· Menghasilkan haba walaupun dimatikan

· Ada bahagian cair atau berubah bentuk

· Percikan api atau nyalaan kecil

· Litar pintas

Jika peranti anda menunjukkan salah satu daripada masalah ini, jangan hantarkannya. Sebaliknya, lupuskan peranti berkenaan di pusat kitar semula tempatan.

Peranti dengan bateri litium dianggap sebagai bahan berbahaya. Pastikan anda tidak menghantar peranti dengan bateri litium rosak.

Topik lain yang berkaitan:

IQOS orders

Pesanan IQOS

Semua info untuk membuat & jejak pesanan IQOS anda dalam satu tempat.

Ketahui lebih lanjut

IQOS deliveries

Penghantaran IQOS

Dapatkan semua maklumat anda perlukan untuk jejak pesanan IQOS anda.

Ketahui lebih lanjut

IQOS warranty

Waranti IQOS

Maklumat lengkap tentang perkhidmatan waranti IQOS.

Ketahui lebih lanjut.

Perlukan bantuan?

Dapatkan bantuan untuk pesanan, penghantaran, atau pemulangan IQOS anda melalui saluran layan diri kami.

Dapatkan sokongan