Gerbang masuk ke pengalaman IQOS anda.
Ada IQOS? Daftarkan profil IQOS untuk dapatkan pengalaman penuh. Lebih daripada sekadar akaun, ia pusat anda untuk jejak pesanan & dapatkan sokongan peribadi.
![]()
Urus pesanan
Buat dan jejak pesanan, lihat sejarah pesanan.
Tambah kad pembayaran.
Kemas kini alamat penghantaran & maklumat hubungan.
![]()
Urus peranti
Daftarkan peranti IQOS.
Semak status waranti, hantar tuntutan, jejak pembaikan.*
![]()
Dapatkan sokongan peribadi
Kenal pasti dan selesaikan isu peranti.
Semak status waranti peranti.
*Waranti pengeluar IQOS & program sokongan adalah tambahan dan tidak menjejaskan sebarang hak dan remedi yang dijamin oleh undang-undang. Tertakluk kepada terma & syarat.
Manfaat cipta profil IQOS.
Dengan mendaftar akaun IQOS, anda boleh urus akaun sendiri di mana saja anda berada.
Cara cipta akaun IQOS:
1. Klik butang atau ikon profil.
2. Masukkan emel atau nombor telefon, dan kata laluan.
3. Semak emel anda untuk pautan atau kod pengesahan.
4. Lengkapkan proses verifikasi umur.
5. Ikut arahan tambahan untuk selesai.
Sila ambil perhatian:
Anda boleh memadam akaun IQOS anda pada bila-bila masa. Log masuk dan pergi ke ‘My Details’.
Proses verifikasi umur semasa pendaftaran
Semasa mendaftar, anda perlu berikan ID pengenalan sah yang dikeluarkan pihak kerajaan, seperti kad pengenalan atau lesen memandu. Maklumat ID anda akan dikongsi dengan selamat kepada penyedia pangkalan data pihak ketiga untuk sahkan umur berdasarkan rekod kerajaan.
Sila ambil perhatian:
Maklumat ID anda dienkripsi & hanya akan digunakan untuk tujuan verifikasi. Ia akan dipadam selepas 24 jam.
Manfaat mendaftar peranti IQOS anda.
Dengan memautkan IQOS ke profil online, anda boleh urus peranti, akses perkhidmatan & dapatkan sokongan peribadi.
Cara mendaftar peranti IQOS:
- Daftar atau log masuk ke akaun IQOS
- Pergi ke ‘My devices’
- Klik ‘Add device’ & masukkan nombor siri
- Muat naik Bukti Pembelian untuk sahkan waranti peranti
- Klik ‘Submit’
Maklumat Penting untuk Pendaftaran Peranti
Peranti yang dibeli terus daripada kami mungkin akan didaftar secara automatik. Semak peranti berdaftar.
Nombor siri boleh didapati pada kotak asal, Holder, atau Pocket Charger.
Daftarkan beberapa peranti IQOS dengan tambah setiap nombor siri.
Untuk peranti terpakai, sila minta pemilik asal nyahpautkan peranti dari akaunnya.
Data anda, pilihan anda.
Anda boleh log masuk untuk padam atau ubah kebanyakan maklumat peribadi. Anda boleh yakin bahawa maklumat anda sulit & dilindungi.
Pemadaman data
Ingin padamkan profil IQOS? Anda perlu tahu ini:
Mohon pemadaman data melalui tetapan profil IQOS anda.
Semua aktiviti tertangguh seperti pesanan yang masih terbuka perlu selesai dahulu.
Selepas diproses, anda akan terima emel dalam 3 hari yang sahkan status pemadaman.
Selepas akaun dipadam, anda tidak boleh log masuk atau akses perkhidmatan berkaitan lagi.
Kemas kini & pembetulan data
Untuk betulkan data dalam profil IQOS:
- Log masuk ke IQOS
- Pergi ke ‘My details’
- Edit maklumat peribadi seperti alamat & nombor telefon
- Anda juga boleh uruskan pilihan komunikasi (opt in/out daripada emel pemasaran, dsb.)
- Simpan perubahan.
Sila ambil perhatian:
Untuk keselamatan anda, perubahan data tertentu seperti tarikh lahir, nama & emel akan memerlukan anda untuk mengulangi proses verifikasi umur.
Soalan lazim tentang akaun IQOS.
Pendaftaran adalah wajib untuk pembelian di IQOS.com, yang termasuk proses verifikasi umur untuk pastikan pengguna 18 tahun ke atas sahaja boleh membuat pesanan.
IQOS guna maklumat anda untuk proses pesanan, sahkan umur & beri sokongan pelanggan. Pembayaran & verifikasi umur dikendalikan pihak ketiga, dan maklumat ini tidak disimpan. IQOS anggap data anda sulit, tetapi boleh didedahkannya jika diminta oleh pihak berkuasa. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Privacy Notice.
Ini boleh terjadi disebabkan beberapa faktor, seperti jika anda telah menukar nama. Hubungi khidmat pelanggan IQOS jika anda perlukan bantuan lanjut.
Ya, log masuk ke akaun IQOS anda dan sila ke bahagian “My orders”. Selepas pesanan anda dibungkus & dihantar, ia akan muncul di situ. Anda juga akan terima emel pengesahan yang mengandungi nombor pesanan anda.