Panduan Praktikal untuk Mencegah Kerosakan Air pada Peranti IQOS Anda
Teknologi & Penyelidikan 07/03/2025
Teknologi & Penyelidikan 07/03/2025
Bagaimana jika IQOS anda tahan air? Pasti hebat, bukan?
Namun pada hakikatnya, kebanyakan model IQOS tidak direka untuk tahan air. Sebagai peranti elektronik, air merupakan musuh utamanya, sama seperti peranti elektronik lain.
Oleh itu, langkah penjagaan yang betul amat penting. Jika anda ingin IQOS anda tahan lama, pastikan ia sentiasa dilindungi daripada air.
Beberapa soalan lazim yang mungkin timbul termasuk: Bagaimanakah cara untuk membersihkan IQOS? Apakah yang perlu dilakukan jika peranti terjatuh ke dalam air? Apakah langkah praktikal untuk mengelakkan kerosakan air?
Mari kita teliti semua persoalan ini!
(Penafian: Produk-produk ini bukan bebas risiko dan memberikan nikotin yang menyebabkan ketagihan. Hanya untuk kegunaan orang dewasa yang masih ingin terus merokok atau menggunakan produk nikotin yang lain.)
Air mungkin lihat seperti jalan penyelesaian termudah tetapi jawapannya adalah tidak. IQOS merupakan satu peranti elektronik, oleh itu air boleh merosakkan komponennya dengan mudah.
Cara terbaik untuk membersihkan peranti IQOS anda adalah dengan menggunakan alat pembersih yang disertakan bersama dengan peranti.
Walau bagaimanapun, terdapat beberapa bahagian IQOS anda yang masih boleh dibersihkan dengan air, contohnya:
Pastikan semua bahagian yang dibasuh kering sepenuhnya sebelum dipasang semula pada peranti anda. Jika anda tidak pasti, sila rujuk Amaran dan Panduan Keselamatan yang disertakan bersama IQOS anda.
Kemalangan boleh berlaku, contohnya jika IQOS anda terjatuh ke dalam air.
Jangan panik, bertenang, dan ikuti langkah-langkah berikut untuk selamatkan peranti anda:
Langkah (1): Ambil tindakan segera! Keluarkan peranti dari air secepat mungkin. Lebih cepat anda bertindak, lebih tinggi peluang anda untuk selamatkan IQOS anda.
Langkah (2): Matikan peranti jika ia masih hidup. Langkah ini penting untuk mengelakkan kejadian litar pintas.
Langkah (3): Jangan cuba hidupkannya atau mengecasnya ketika ia masih basah. Ini boleh menyebabkan kerosakan yang lebih teruk.
Langkah (4): Biarkan ia kering sendiri. Letakkan peranti di tempat yang kering dan biarkannya sendiri. Elakkan daripada meletakkannya di bawah sinaran matahari secara langsung atau menggunakan sumber haba seperti pengering rambut – ini boleh memburukkan keadaan.
Langkah (5): Jangan cuba membersihkannya dengan tisu atau kain. Percubaan untuk masukkan apa-apa ke dalam peranti boleh menolak air lebih jauh ke dalam dan boleh membuatkan masalah anda menjadi lebih teruk.
Langkah (6): Setelah anda yakin ia benar-benar kering, cuba hidupkannya untuk lihat sama ada ia masih berfungsi. Semoga berjaya!
Jika peranti anda masih tidak berfungsi dengan elok, jangan risau. Hubungi IQOS Support – mereka sentiasa sedia untuk membantu.
Ingat, Amaran dan Panduan Keselamatan anda sentiasa ada untuk membantu anda. Kebiasaannya anda hanya perlu mengambil langkah yang betul pada masa yang tepat.
Apa yang boleh anda buat untuk pastikan IQOS anda tidak mengalami kerosakan air? Berikut merupakan tips-tips untuk memastikan ia sentiasa kering:
Terdapat banyak sarung pelindung yang tersedia di laman web IQOS, seperti sarung silikon anti-slip. Sarung ini boleh melindungi peranti anda daripada tumpahan air atau kejatuhan berdekatan dengan air secara tidak sengaja. Anda boleh melayari kedai dalam talian kami untuk lihat pilihan yang tersedia.
Pastikan tangan anda kering sebelum mengendalikan IQOS anda. Ini memberikan anda pegangan yang lebih kukuh dan mengurangkan risiko peranti anda tergelincir. Pastikan anda lebih berhati-hati jika anda berada di pantai atau kolam renang.
Tip #3: Perhatikan Persekitaran Anda
Elakkan daripada meletak IQOS anda berhampiran dengan air atau minuman. Satu langkah cuai saja boleh menyebabkan peranti anda basah.
Jika anda menghadapi masalah dengan IQOS anda, jangan risau. Anda boleh merujuk halaman Penyelesaian Masalah di laman web IQOS. Pilih model peranti anda, dan ia akan membimbing anda untuk menyelesaikan masalah yang lazim timbul.
IQOS anda merupakan satu pelaburan dan bukan sekadar peranti semata-mata. Langkah penjagaan yang rapi terutamanya dengan mengelakkan daripada kerosakan air akan memastikan ia kekal dalam keadaan baik untuk jangka masa yang panjang.
Jika anda memerlukan bantuan lanjut, layari Halaman IQOS Support atau hubungi IQOS Support di 1800-81-0958. Kami sentiasa bersedia untuk membantu anda!
(Penafian: Artikel ini adalah untuk maklumat am dan sebagai tujuan pendidikan sahaja. Sesetengah maklumat di dalam artikel ini adalah berdasarkan sumber luaran, pihak ketiga dan kami tidak mewakili atau memberi jaminan terhadap ketepatan maklumat, kesahihan serta kelengkapan maklumat tersebut.)
Produk-produk ini bukan bebas risiko dan memberikan nikotin yang menyebabkan ketagihan. Hanya untuk kegunaan orang dewasa yang masih ingin terus merokok atau menggunakan produk nikotin yang lain.
Produk-produk ini bukan bebas risiko dan memberikan nikotin yang menyebabkan ketagihan. Hanya untuk kegunaan orang dewasa yang masih ingin terus merokok atau menggunakan produk nikotin yang lain.
© 2025 Philip Morris (Malaysia) Sdn Bhd - 199301023745 - Hak cipta terpelihara.
IQOS ILUMA memanaskan tembakau, bukan cecair. Masukkan bulan dan tahun lahir anda untuk mengesahkan bahawa anda berumur 18 tahun atau ke atas dan seorang perokok.
IQOS ILUMA memanaskan tembakau, bukan cecair. Masukkan bulan dan tahun lahir anda untuk mengesahkan bahawa anda berumur 18 tahun atau ke atas dan seorang perokok.
Adakah anda berumur 18 tahun atau ke atas dan menetap di Malaysia?
Laman web ini mengandungi maklumat mengenai produk bebas asap Philip Morris International, yang khusus untuk orang dewasa di Malaysia yang sebaliknya akan terus menggunakan produk nikotin lain. Produk bebas asap bukan alternatif untuk berhenti dan tidak direka bentuk sebagai bantuan berhenti. Ia bukan bebas risiko dan memberikan nikotin yang menyebabkan ketagihan. Hanya untuk kegunaan orang dewasa. Sila lawati halaman maklumat penting untuk maklumat risiko selanjutnya. Untuk terus menggunakan laman web ini, anda bersetuju bahawa anda telah membaca dan mengesah Syarat Penggunaan dan Notis Privasi kami.
Country redirect
Sila maklum bahawa laman web ini dikhususkan untuk Malaysia. Demi memastikan pematuhan undang-undang tempatan, kami perlu membawa anda ke negara asal anda.
TERUSKAN