IQOS ILUMA i Breeze Blue 'Charger' dan 'Holder' untuk paparan

Langkah pertama anda bersama IQOS ILUMA i

Cara menggunakan IQOS ILUMA i baharu anda

Anda telah mendapatkan IQOS ILUMA i yang baharu: Berikut adalah cara menggunakan IQOS ILUMA i buat pertama kali.

  1. Tekan dan tahan butang ON/OFF pada Pocket Charger selama 4 saat dan kemudian lepaskan; Lampu Status Pocket Charger dan Lampu Status Holder anda akan menyala perlahan-lahan.
  2. Masukkan Holder ke dalam Pocket Charger dan tutup pintu untuk mengecas Holder. Lampu Status Holder akan menunjukkan tahap bateri Holder anda.
  3. Sebelum penggunaan pertama, cas penuh Pocket Charger anda selama lebih kurang 135 minit mengikut Arahan & Amaran Keselamatan yang disertakan.
  4. Untuk memulakan pengalaman, keluarkan Holder dari Pocket Charger dan masukkan SMARTCORE STICK™ hingga garisan penapis, sehingga Holder bergetar.
  5. Pemanasan awal berlaku secara automatik atau dengan meleret ke atas pada touch screen, yang akan menunjukkan status pemanasan awal. Peranti sedia digunakan selepas getaran kedua.
  6. Apabila 2 garisan muncul pada skrin sentuh, anda mempunyai sehingga 3 pengalaman. Apabila 1 garisan muncul, anda mempunyai sehingga 2 pengalaman. Panduan cahaya di sekitar skrin sentuh menunjukkan masa yang tinggal untuk setiap pengalaman.
  7. Setelah pengalaman selesai, keluarkan SMARTCORE STICK™ yang telah digunakan dan buang mengikut Arahan & Amaran Keselamatan.
  8. Masukkan Holder ke dalam Pocket Charger untuk dicas semula.

Tonton tutorial untuk ketahui lebih lanjut cara menggunakan IQOS ILUMA i.

*Maklumat penting: Produk ini bukan bebas risiko dan memberikan nikotin yang menyebabkan ketagihan. Hanya untuk kegunaan orang dewasa yang masih ingin terus merokok atau menggunakan produk nikotin yang lain. 

IQOS ILUMA i PRIME Breeze Blue dengan casing silikon merah

video

Cara mengecas IQOS ILUMA i anda dan berapa lama untuk mengecasnya

Ikuti langkah mudah ini untuk memastikan pengecasan optimum peranti anda:

  1. Letakkan Holder dalam Pocket Charger dan pastikan peranti anda dihidupkan.
  2. Sambungkan Penyesuai Kuasa AC (dijual berasingan) dan kabel ke Pocket Charger anda dan kemudian ke soket kuasa dinding untuk pengecasan selama 135 minit.
    • Semasa pengecasan, lampu jalur pada Pocket Charger akan berkelip.
    • Jika peranti anda habis bateri sepenuhnya, lampu pertama mungkin mengambil beberapa saat untuk mula berkelip kuning.
    • Apabila Pocket Charger mencapai lebih 7% cas, warna lampu yang berkelip akan berubah dari kuning kepada putih.
  3. Semak tahap cas peranti anda dengan menekan dan melepaskan butang pada Pocket Charger. Semasa pengecasan, lampu status berkelip, menunjukkan tahap cas.
    • Untuk peranti yang dicas sepenuhnya, kesemua 4 lampu jalur harus berwarna putih sepenuhnya.

Tonton tutorial untuk ketahui lebih lanjut cara menggunakan IQOS ILUMA i.

IQOS ILUMA i Terracota dengan casing silicone dan ring berwarna violet

video

Ciri-ciri Terbaru IQOS ILUMA i

Mode Pause

  • Touch Screen akan menunjukkan sama ada Mode Pause tersedia, dengan dua garisan menegak akan muncul.
  • Mode Pause boleh digunakan sekali dalam penggunaan pertama atau kedua berturut-turut, dan boleh diaktifkan dalam 3 minit pertama, atau 8 sedutan pengalaman.
  1. Leret ke BAWAH seluruh Touch Screen untuk menghentikan pengalaman dan 4 garisan menegak akan muncul.
    • Jika gerakan leretan tidak meliputi seluruh panjang skrin, mod pause tidak akan diaktifkan.
  2. Untuk menyambung pengalaman, leret ke ATAS seluruh Touch Screen dan tunggu pemanasan awal. Getaran dan Panduan Cahaya akan menunjukkan bahawa Holder sedia untuk digunakan semula.
    • Mod pause boleh bertahan sehingga 8 minit. Jika pengalaman tidak disambung semula, Holder akan dimatikan secara automatik.

FlexPuff

  • Peranti anda akan secara automatik menganalisis jumlah aerosol yang digunakan dan mungkin mengaktifkan FlexPuff.
  • Jika FlexPuff diaktifkan, anda akan diberi 4 sedutan tambahan yang boleh digunakan dalam baki 6 minit.
  • FlexPuff direka untuk digunakan dengan SMARTCORE STICKS™. Pengaktifan dan jumlah sedutan bergantung pada corak penggunaan individu, maka pengalaman lanjutan mungkin tidak terpakai untuk semua pengguna dewasa dan/atau pengalaman. FlexPuff tidak diaktifkan apabila mod pause digunakan.
  • Panduan Cahaya akan menunjukkan apabila sedutan tambahan tersedia.
  • Pastikan mod pause tidak diaktifkan semasa pengalaman kerana ia akan menghalang FlexPuff daripada diaktifkan.

Tangan memegang IQOS ILUMA i Holder Breeze Blue

Cara IQOS ILUMA i berfungsi: tip penggunaan

Tangan memegang IQOS ILUMA i Holder Green

Memasukkan SMARTCORE STICKSTM

Pastikan anda hanya menggunakan SMARTCORE STICKS™ dengan IQOS ILUMA i anda. Ia adalah untuk sekali penggunaan sahaja, jadi pastikan anda tidak memasukkan semula yang telah digunakan.

IQOS ILUMA i Garnet Red Holder bersandar dengan Charger nya

Pastikan peranti sentiasa dicas

Cas Pocket Charger IQOS ILUMA i anda dengan Penyesuai Kuasa AC yang serasi (dijual secara berasingan) dan kabel setiap hari.

Panduan Pengguna IQOS ILUMA i

Itu bukan semuanya. Terdapat lebih banyak maklumat berguna dalam Panduan Pengguna IQOS ILUMA i kami.

Panduan Pengguna IQOS ILUMA i kami akan membolehkan anda mengetahui lebih lanjut tentang bagaimana peranti anda berfungsi dan cara menggunakannya.

Produk ini bukan bebas risiko dan memberikan nikotin yang menyebabkan ketagihan. Hanya untuk kegunaan orang dewasa.

Tangan memegang kotak yang menganduing IQOS ILUMA i Breeze Blue

Mengalami masalah?
Selesaikan isu dengan IQOS ILUMA i anda.

Barisan IQOS ILUMA i Green terpapar di atas meja

Nikmati waranti IQOS selama 2 tahun.

Kami sedia melindungi anda, perlindungan waranti IQOS untuk peranti IQOS ILUMA kini dilanjutkan kepada 2 tahun*. Daftarkan peranti anda dalam tempoh 30 hari dari pembelian.

*Tertakluk terma dan syarat.

Nak chat?

Kami sedia berkhidmat untuk anda, di kedai IQOS atau di hujung jari anda. Ikut pilihan anda.

Address icon

Cari kedai

Cari kedai IQOS terdekat dengan penunjuk kedai kami.

Email icon

Telefon

Hubungi kami di 1800-81-0958.

Phone icon

E-mel

Hantarkan pertanyaan anda. Peti masuk kami sentiasa terbuka.

Email icon

Facebook

Kunjungi halaman kami dan chat dengan pakar IQOS kami.

IQOS ILUMA™ direka khas untuk digunakan bersama SMARTCORE STICKS™ sahaja. Sila pastikan bahawa IQOS ILUMA™ dan SMARTCORE STICKS™ tidak digunakan dengan IQOS™ generasi terdahulu atau mana-mana peranti lil kerana ianya boleh menyebabkan kerosakan pada peranti anda.
Layari maklumat penting.