Memilih aksesori untuk IQOS ILUMA

Tentang IQOS - Peranti Pemanas Tembakau 16/10/2023

Terdapat beratus-ratus kombinasi aksesori untuk anda pilih jika anda ingin memperibadikan peranti IQOS ILUMA anda.
 
Melihat kepelbagaian besar aksesori IQOS ILUMA yang tersedia mungkin terasa menggembirakan pada mulanya. Nasib baik, bantuan sudah dekat.
 
Berikut ialah panduan kami untuk memastikan aksesori yang menarik perhatian anda serasi dengan peranti yang anda pilih; sama ada itu IQOS ILUMA PRIME, IQOS ILUMA atau IQOS ILUMA ONE.

Adakah aksesori IQOS ILUMA serasi dengan IQOS ILUMA ONE atau IQOS ILUMA PRIME?

Sesetengah aksesori, seperti Tray IQOS, serasi dengan semua peranti IQOS. Tray ialah bekas yang diperbuat daripada seramik dan logam berkualiti tinggi dengan penutup berbentuk corong di mana anda boleh memasukkan batang SMARTCORE terpakai anda.

Anda boleh menukar rupa Holder untuk IQOS ILUMA PRIME atau IQOS ILUMA anda dengan salah satu gelang dalam enam Ring Sets berbeza yang tersedia. Setiap set mempunyai gabungan tiga cincin yang berbeza dalam warna dan tekstur yang berbeza.

Kemudian terdapat aksesori yang serasi dengan hanya satu peranti.

Aksesori IQOS ILUMA PRIME

Dibuat secara eksklusif untuk IQOS ILUMA PRIME, wraps ialah cara terbaik untuk melindungi Pocket Charger anda dalam warna atau fabrik yang akan menjadikannya benar-benar milik anda. Ia boleh didapati dalam pelbagai warna dan fabrik.

Aksesori IQOS ILUMA

IQOS ILUMA mempunyai rangkaian aksesori yang terbanyak. Anda boleh memadankan setiap perincian dengan sleeve dan door yang diperbuat hanya untuk peranti ini.

Pilih penutup door dari rangkaian kami. Dengan pilihan pelbagai kemasan dan pilihan warna, jadikan koleksi ini inspirasi untuk mencipta peranti yang lebih tersendiri.

  • Neon
  • Iridescent
  • Metallic

Lindungi IQOS ILUMA anda dengan silicone sleeve. Ianya direka untuk anda melindungi peranti agar selamat dan kelihatan cantik. Sleeve ini terdapat dalam pelbagai warna. Jika anda inginkan sleeve dengan pemegang, pilih Sleeve +. 

Bolehkah aksesori IQOS ILUMA digunakan untuk peranti IQOS ILUMA PRIME dan IQOS ILUMA ONE?  Tidak untuk Sleeves, Sleeve + atau Doors. Ianya diperbuat khas untuk IQOS ILUMA sahaja.

Aksesori IQOS ILUMA ONE 

Anda pastinya tidak terlepas memberi sentuhan peribadi kepada peranti anda sekiranya anda telah memilih IQOS ILUMA ONE.

Terdapat charging dock yang diperbuat hanya untuk IQOS ILUMA ONE. Ada juga sleeve antigelincir yang memberikan perlindungan kepada peranti anda dengan warna yang terang. Ianya boleh ditukar ganti, dan menjadikan IQOS ILUMA ONE begitu unggul. Terdapat pembawa Sleeve + untuk IQOS ILUMA ONE juga.

Artikel Berkaitan

Apa itu IQOS ILUMA?

Untuk pengalaman bebas asap dalam rangkaian peranti teknologi tercanggih, pelbagai pilihan dan ringkas, inilah masanya untuk beralih kepada IQOS ILUMA.

Tentang IQOS - Peranti Pemanas Tembakau 16/10/2023

Adakah Alternatif Bebas Asap Mengandungi Tembakau?

Pelajari alternatif bebas asap yang mengandungi tembakau dan terokai pilihan jika anda belum bersedia untuk berhenti sepenuhnya dari nikotin dan tembakau.

Teknologi & Penyelidikan 27/05/2024

Menyingkirkan Mitos Mengenai Alternatif Bebas Asap

Di sini, kami akan menyingkirkan mitos yang paling biasa dan memberikan perokok dewasa jawapan kepada soalan lazim mengenai alternatif bebas asap.

Bandingkan alternatif rokok bebas asap 28/06/2024