Apa yang Anda Perlu Tahu tentang Vape dan Penggera Kebakaran
Teknologi & Penyelidikan 05/04/2024
Teknologi & Penyelidikan 05/04/2024
Sebagai pengguna vape dewasa, pernahkah anda tertanya-tanya adakah vaping boleh menyebabkan penggera kebakaran di rumah atau di pejabat aktif? Bara artikel ini untuk ketahui bagaimana penggera kebakaran dan asap berfungsi dan cara mengelakkan situasi yang tidak diingini.
Terdapat perbezaan besar antara penggera kebakaran dan penggera asap. Hakikatnya, penggera “asap” sering disalah erti. Ia adalah pengesan asap dan ia berfungsi bersama dengan penggera kebakaran.
Bagaimana cara ini berfungsi? Apabila asap memenuhi bilik, pengesan asap adalah peranti yang mengenal pasti kehadirannya. Pengesan asap akan memaklumkan kepada loceng kebakaran, yang akan berbunyi untuk memberi amaran kepada orang-orang di dalam bangunan.
Anda mungkin terkejut untuk mengetahui bahawa terdapat pelbagai jenis pengesan asap dan loceng kebakaran. Setiap satu berfungsi secara berbeza dan mungkin lebih atau kurang cenderung untuk bertindak balas terhadap wap dari rokok elektronik.
Pengesan haba kurang cenderung untuk mengesan wap. Mereka bertindak balas terhadap haba berbanding asap dan kebanyakannya digunakan di dalam dapur. Perlu diingatkan bahawa pengesan haba biasanya akan bertindak balas kepada suhu sekitar 58° Celsius.
Loceng optik adalah yang paling cenderung untuk diaktifkan oleh wap. Ia bertindak balas apabila asap memasuki sistemnya dan mengganggu cahaya inframerah dalaman.
Dalam kebanyakan kes, loceng ini tidak akan diganggu dengan rokok elektronik dan wap yang dihasilkan. Walau bagaimanapun, terdapat kemungkinan wap boleh secara tidak sengaja mengaktifkan loceng kebakaran.
Sudah tentu, anda tidak perlu diingatkan bahawa anda tidak sepatutnya cuba menyembunyikan penggunaan vape di tempat yang mana penggunaan vape adalah dilarang.
Apabila bercakap tentang peranti bebas asap, kita tidak sekadar membincangkan tentang vape sahaja.
Peranti pemanas tembakau turut termasuk – tetapi adakah mereka menyebabkan loceng kebakaran berbunyi? Sama seperti vape, terdapat kemungkinan aerosol daripada tembakau yang dipanaskan boleh mengaktifkan loceng kebakaran.
Sistem loceng kebakaran moden telah direka untuk mengabaikan wap yang tidak berbahaya dan, dalam kebanyakan kes, vape anda sepatutnya tidak akan mengaktifkan mereka.
Walau bagaimanapun, masih ada kemungkinan vape boleh mengaktifkan loceng kebakaran. Untuk mengelakkannya, anda boleh mengikuti tip-tip berikut:
Jangan gunakan rokok elektronik anda berdekatan dengan pengesan asap/loceng kebakaran.
Pilih bilik dengan ventilasi yang baik.
Lebih berhati-hati semasa vaping, dan jangan hasilkan kepulan wap yang pekat.
Walau bagaimanapun, anda tidak boleh menjamin bahawa vape anda tidak akan mengaktifkan loceng kebakaran.
Oleh itu, apabila berkaitan dengan kawasan peribadi seperti hotel, adalah penting untuk mendapat maklumat yang mencukupi. Hotel biasanya mempunyai kawasan khusus untuk penggunaan vape – anda hanya perlu mengikuti panduan yang diberikan.
Hal yang sama berlaku untuk pengangkutan awam, di mana penggunaan vape tidak dibenarkan. Anda mungkin bertanggungjawab jika anda mengaktifkan loceng kebakaran bas, trem, kereta api, atau apa-apa bentuk pengangkutan awam lain.
Ini terutamanya sekali untuk kapal terbang. Mengaktifkan loceng kebakaran kapal terbang akan memaksa pesawat membuat pendaratan kecemasan, dan anda mungkin bertanggungjawab atas kerosakan yang signifikan.
Mengaktifkankan loceng kebakaran di rumah sendiri mungkin tidak menjadi masalah, tetapi jika anda menyewa hartanah tersebut, pastikan untuk memeriksa dengan tuan rumah sebelum menggunakan vape.
Apabila berada di tempat awam atau persendirian, jika anda mengaktifkan loceng kebakaran, anda mungkin akan menerima amaran dan boleh dikenakan denda atau bahkan penjara jika didapati bertanggungjawab.
Namun, loceng kebakaran mungkin bukan satu-satunya yang anda perlu bimbang.
Penggera karbon monoksida juga semakin biasa digunakan pada hari ini. Sebagai perokok dewasa yang ingin bertukar, atau seorang pengguna vape yang baru saja beralih, anda mungkin bertanya-tanya jika peranti anda menghasilkan karbon monoksida. Anda boleh mencari jawapannya dalam artikel karbon monoksida kami.
(Penafian: Artikel ini adalah untuk pengetahuan umum dan tujuan pendidikan. Terdapat maklumat dari dalam artikel yang berdasarkan sumber luaran, atau sumber pihak-ketiga dan kami tidak mewakili atau membuat sebarang jaminan berkaitan soal ketepatan, kesahihan atau kehadiran maklumat yang lengkap.)
Produk-produk ini bukan bebas risiko dan memberikan nikotin yang menyebabkan ketagihan. Hanya untuk kegunaan orang dewasa yang masih ingin terus merokok atau menggunakan produk nikotin yang lain.
© 2025 Philip Morris (Malaysia) Sdn Bhd - 199301023745 - Hak cipta terpelihara.
IQOS ILUMA memanaskan tembakau, bukan cecair. Masukkan bulan dan tahun lahir anda untuk mengesahkan bahawa anda berumur 18 tahun atau ke atas dan seorang perokok.
IQOS ILUMA memanaskan tembakau, bukan cecair. Masukkan bulan dan tahun lahir anda untuk mengesahkan bahawa anda berumur 18 tahun atau ke atas dan seorang perokok.
Adakah anda berumur 18 tahun atau ke atas dan menetap di Malaysia?
Laman web ini mengandungi maklumat mengenai produk bebas asap Philip Morris International, yang khusus untuk orang dewasa di Malaysia yang sebaliknya akan terus menggunakan produk nikotin lain. Produk bebas asap bukan alternatif untuk berhenti dan tidak direka bentuk sebagai bantuan berhenti. Ia bukan bebas risiko dan memberikan nikotin yang menyebabkan ketagihan. Hanya untuk kegunaan orang dewasa. Sila lawati halaman maklumat penting untuk maklumat risiko selanjutnya. Untuk terus menggunakan laman web ini, anda bersetuju bahawa anda telah membaca dan mengesah Syarat Penggunaan dan Notis Privasi kami.
Country redirect
Sila maklum bahawa laman web ini dikhususkan untuk Malaysia. Demi memastikan pematuhan undang-undang tempatan, kami perlu membawa anda ke negara asal anda.
TERUSKAN