Rokok Pasif: Bahaya Tersembunyi
Teknologi & Penyelidikan 04/08/2023
Teknologi & Penyelidikan 04/08/2023
Anda mungkin pernah mendengar tentang terma “rokok pasif” atau “asap rokok basi’, tetapi adakah anda betul-betul memahaminya?
Rokok pasif merujuk kepada kombinasi asap yang terhasil daripada pembakaran produk tembakau dan asap yang dihembus oleh perokok. Ianya adalah isu yang memberi kesan kepada berjuta orang bukan perokok di seluruh dunia dan memerlukan perhatian kita.
Kesan rokok pasif kepada orang bukan perokok adalah sangat merisaukan. Menyedut asap rokok basi boleh membawa pelbagai penyakit. Yang paling cepat terkesan adalah paru-paru. Asap rokok basi menyakitkan paru-paru, menyebabkan batuk, nafas berdehit dan kesukaran bernafas. Dalam jangka masa panjang, ianya boleh menyumbang kepada keadaan kronik seperti bronkitis dan asma.
Bagaimanapun, bahaya asap rokok basi bukanlah sekadar menjejaskan sistem respirasi. Kajian menunjukkan bahawa orang bukan perokok yang terdedah kepada asap rokok basi mempunyai risiko mendapat penyakit jantung dan masalah kardiovaskular yang lebih tinggi. Racun bahan kimia di dalam asap rokok boleh merosakkan saluran darah, di samping meningkatkan tekanan darah,risiko serangan jantung dan juga strok.
Tambahan pula, masalah yang lebih besar adalah kaitan antara rokok pasif dan pelbagai jenis kanser. Asap rokok basi mengandungi karsinogen, iaitu bahan-bahan yang menyebabkan kanser. Bernafas dalam bahan kimia berbahaya ini meningkatkan risiko kanser paru-paru, tekak dan payu dara.
Secara ringkasnya, kesan buruk rokok pasif pada orang bukan perokok boleh meluas. Perkara paling baik untuk mencegahnya adalah dengan berhenti merokok atau menggunakan mana-mana produk yang mengandungi nikotin. Jika anda bukan perokok, galakkan orang tersayang untuk berhenti merokok. Jika tiada pilihan, carilah alternatif yang boleh mengurangkan pengeluaran asap rokok basi dan bahan-bahan yang berbahaya. Bagaimanapun, ini tidak akan mengurangkan risiko asap rokok basi kerana produk ini bukanlah bebas risiko. Keputusan terbaik adalah untuk terus berhenti merokok.
(Pengecualian: Artikel ini adalah untuk maklumat am dan tujuan pendidikan sahaja. Sesetengah maklumat di dalam artikel ini adalah berdasarkan kepada sumber pihak ketiga dan kami tidak mewakili atau menjamin ketepatan, kesahihan atau kelengkapan maklumat tersebut.)
Produk-produk ini bukan bebas risiko dan memberikan nikotin yang menyebabkan ketagihan. Hanya untuk kegunaan orang dewasa yang masih ingin terus merokok atau menggunakan produk nikotin yang lain.
© 2025 Philip Morris (Malaysia) Sdn Bhd - 199301023745 - Hak cipta terpelihara.
IQOS ILUMA memanaskan tembakau, bukan cecair. Masukkan bulan dan tahun lahir anda untuk mengesahkan bahawa anda berumur 18 tahun atau ke atas dan seorang perokok.
IQOS ILUMA memanaskan tembakau, bukan cecair. Masukkan bulan dan tahun lahir anda untuk mengesahkan bahawa anda berumur 18 tahun atau ke atas dan seorang perokok.
Adakah anda berumur 18 tahun atau ke atas dan menetap di Malaysia?
Laman web ini mengandungi maklumat mengenai produk bebas asap Philip Morris International, yang khusus untuk orang dewasa di Malaysia yang sebaliknya akan terus menggunakan produk nikotin lain. Produk bebas asap bukan alternatif untuk berhenti dan tidak direka bentuk sebagai bantuan berhenti. Ia bukan bebas risiko dan memberikan nikotin yang menyebabkan ketagihan. Hanya untuk kegunaan orang dewasa. Sila lawati halaman maklumat penting untuk maklumat risiko selanjutnya. Untuk terus menggunakan laman web ini, anda bersetuju bahawa anda telah membaca dan mengesah Syarat Penggunaan dan Notis Privasi kami.
Country redirect
Sila maklum bahawa laman web ini dikhususkan untuk Malaysia. Demi memastikan pematuhan undang-undang tempatan, kami perlu membawa anda ke negara asal anda.
TERUSKAN