Jawapan Soalan Anda: Tembakau dalam Rokok Elektronik/Vape
Teknologi & Penyelidikan 07/03/2025
Teknologi & Penyelidikan 07/03/2025
Anda mungkin tahu bahawa rokok elektronik/vape mungkin mengandungi nikotin. Namun adakah anda tahu peranan tembakau di dalam rokok elektronik/vape dan apakah perbezaannya berbanding rokok tradisional?
Mari kita lihat.
(Penafian: Produk-produk ini bukan bebas risiko dan memberikan nikotin yang menyebabkan ketagihan. Hanya untuk kegunaan orang dewasa yang masih ingin terus merokok atau menggunakan produk nikotin yang lain.)
Rokok elektronik/vape merupakan peranti inovatif yang menghasilkan wap melalui pemanasan e-cecair. Ia berbeza daripada rokok biasa yang membakar tembakau bagi menghasilkan asap kerana rokok elektronik/vape memanaskan e-cecair bagi menghasilkan wap yang berperisa tanpa membakar.
Ramai yang beranggapan bahawa rokok elektronik/vape mengandungi tembakau. Namun jawapannya adalah tidak, rokok elektronik atau vape tidak mengandungi tembakau.
E-cecair yang digunakan dalam rokok elektronik/vape tidak mengandungi tembakau sebagai bahan. Namun, ia biasanya mengandungi nikotin, yang diperoleh daripada tembakau. Ini adalah perbezaan utama antara rokok elektronik/vape dan rokok tradisional.
Kekeliruan ini sering timbul kerana sesetengah e-cecair mengandungi perisa yang dihasilkan daripada tembakau. Perisa ini meniru rasa tembakau tanpa melibatkan proses pembakaran yang berbahaya. Selain itu, beberapa alternatif seperti produk panas-tanpa-bakar menggunakan tembakau sebenar tetapi berfungsi secara berbeza daripada rokok elektronik/vape dengan memanaskan tembakau tanpa membakarnya.
Terdapat alternatif bebas asap yang memanaskan tembakau tulen yang diproses khas untuk mengeluarkan wap nikotin tanpa menghasilkan asap atau abu dan memberikan pengalaman yang berbeza daripada rokok biasa dan rokok elektronik/vape.
Nikotin dalam Rokok Elektronik
Walaupun rokok elektronik/vape tidak mengandungi tembakau, ia selalunya mengandungi nikotin, satu bahan yang boleh menyebabkan ketagihan yang terdapat dalam tembakau. Tahap nikotin dalam e-cecair adalah berbeza-beza bagi membolehkan pengguna memilih tahap yang sesuai. Pengambilan nikotin boleh membawa risiko, oleh itu pilihan terbaik yang boleh dibuat oleh mana-mana perokok dewasa adalah untuk berhenti daripada menggunakan tembakau dan nikotin sepenuhnya.
Secara kesimpulannya, rokok elektronik/vape tidak mengandungi tembakau tetapi mungkin mengandungi nikotin. Ia menawarkan pengalaman yang lebih bersih dan peribadi berbanding dengan rokok tradisional. Namun, anda masih perlu menggunakannya secara bertanggungjawab dan sedar akan potensi risiko berkaitan dengan nikotin. Bagi mereka yang tidak menggunakan produk nikotin, elakkan daripada mula menggunakannya. Pilihan terbaik bagi mana-mana perokok sedia ada adalah untuk berhenti sepenuhnya dari nikotin dan tembakau.
(Penafian: Artikel ini adalah untuk maklumat am dan sebagai tujuan pendidikan sahaja. Sesetengah maklumat di dalam artikel ini adalah berdasarkan sumber luaran, pihak ketiga dan kami tidak mewakili atau memberi jaminan terhadap ketepatan maklumat, kesahihan serta kelengkapan maklumat tersebut.)
Produk-produk ini bukan bebas risiko dan memberikan nikotin yang menyebabkan ketagihan. Hanya untuk kegunaan orang dewasa yang masih ingin terus merokok atau menggunakan produk nikotin yang lain.
Produk-produk ini bukan bebas risiko dan memberikan nikotin yang menyebabkan ketagihan. Hanya untuk kegunaan orang dewasa yang masih ingin terus merokok atau menggunakan produk nikotin yang lain.
© 2025 Philip Morris (Malaysia) Sdn Bhd - 199301023745 - Hak cipta terpelihara.
IQOS ILUMA memanaskan tembakau, bukan cecair. Masukkan bulan dan tahun lahir anda untuk mengesahkan bahawa anda berumur 18 tahun atau ke atas dan seorang perokok.
IQOS ILUMA memanaskan tembakau, bukan cecair. Masukkan bulan dan tahun lahir anda untuk mengesahkan bahawa anda berumur 18 tahun atau ke atas dan seorang perokok.
Adakah anda berumur 18 tahun atau ke atas dan menetap di Malaysia?
Laman web ini mengandungi maklumat mengenai produk bebas asap Philip Morris International, yang khusus untuk orang dewasa di Malaysia yang sebaliknya akan terus menggunakan produk nikotin lain. Produk bebas asap bukan alternatif untuk berhenti dan tidak direka bentuk sebagai bantuan berhenti. Ia bukan bebas risiko dan memberikan nikotin yang menyebabkan ketagihan. Hanya untuk kegunaan orang dewasa. Sila lawati halaman maklumat penting untuk maklumat risiko selanjutnya. Untuk terus menggunakan laman web ini, anda bersetuju bahawa anda telah membaca dan mengesah Syarat Penggunaan dan Notis Privasi kami.
Country redirect
Sila maklum bahawa laman web ini dikhususkan untuk Malaysia. Demi memastikan pematuhan undang-undang tempatan, kami perlu membawa anda ke negara asal anda.
TERUSKAN