Adakah E-cecair boleh membeku?
Teknologi & Penyelidikan 07/03/2025
Teknologi & Penyelidikan 07/03/2025
Oleh JC Connington
E-cecair memainkan peranan penting dalam vape. Sama ada anda menggunakan sistem tangki atau pod mod, e-cecair ini dipanaskan untuk menghasilkan wap. Oleh itu, sistem penyimpanan yang betul adalah penting terutamanya apabila suhu mula menurun.
(Disclaimer: These products are not risk-free and provide nicotine, which is addictive. Only for use by adults who would otherwise continue to smoke or use other nicotine products.)
Dua bahan asas dalam e-cecair adalah gliserin sayuran (VG) dan propilena glikol (PG). Gliserin sayuran tulen membeku pada suhu -38°C, manakala propilena glikol membeku pada suhu -59°C. Namun, sesetengah e-cecair turut mengandungi nikotin yang mempunyai titik beku serendah -79°C. Titik beku e-cecair anda adalah bergantung kepada nisbah VG, PG, dan nikotin dalam formulanya. Peti ais rumah biasanya mengekalkan suhu dalaman antara -18°C hingga -25°C yang tidak cukup sejuk untuk membekukan komponen cecair ini.
Dalam cuaca musim sejuk suhu e-cecair anda mungkin akan menurun, tetapi kebarangkalian ia akan membeku adalah rendah, kecuali jika ia terdedah kepada suhu di bawah takat sifar untuk satu tempoh yang lama. Perjalanan biasa untuk ke kereta pada hari yang sejuk tidak akan menjejaskan e-cecair anda, tetapi pendedahan berpanjangan kepada suhu melampau mungkin akan memberi kesan seperti dijelaskan di bawah.
Dalam keadaan cuaca sejuk melampau kelikatan e-cecair boleh berubah dan menjadikannya lebih pekat. Jika sebahagian daripada e-cecair anda mula membeku, letakkannya di lokasi bersuhu bilik agar ia kembali ke kelikatan asalnya. Elakkan daripada memanaskannya secara berlebihan dengan cara seperti memasukkannya ke dalam air mendidih atau di atas radiator. Ini menjadi lebih penting jika cecair tersebut membeku dalam tangki peranti anda kerana pendedahan peranti terhadap air dan suhu tinggi adalah berbahaya dan membawa risiko keselamatan.
Jika anda melihat perubahan dalam e-cecair anda seperti pembentukan kristal ais, anda digalakkan untuk menggantikannya.
Seperti yang dinyatakan, suhu yang sejuk boleh menyebabkan e-cecair menjadi lebih pekat manakala cuaca panas boleh menjadikannya lebih cair. Cecair yang terlalu pekat dan tidak mengalir melalui peranti dengan baik boleh menyebabkan masalah seperti gegelung terbakar, manakala cecair yang terlalu cair boleh melimpah keluar dari tangki tanpa menjadi wap (spit back).
Walaupun e-cecair boleh menahan suhu yang rendah, komponen lain di dalam peranti mungkin lebih mudah terjejas. Contohnya, bateri boleh rosak jika terdedah terlalu lama kepada suhu melampau. Oleh itu, elakkan daripada mendedahkan peranti anda kepada suhu ekstrem untuk tempoh yang lama.
(Penafian: Artikel ini adalah untuk maklumat am dan sebagai tujuan pendidikan sahaja. Sesetengah maklumat di dalam artikel ini adalah berdasarkan sumber luaran, pihak ketiga dan kami tidak mewakili atau memberi jaminan terhadap ketepatan maklumat, kesahihan serta kelengkapan maklumat tersebut.)
Produk-produk ini bukan bebas risiko dan memberikan nikotin yang menyebabkan ketagihan. Hanya untuk kegunaan orang dewasa yang masih ingin terus merokok atau menggunakan produk nikotin yang lain.
Produk-produk ini bukan bebas risiko dan memberikan nikotin yang menyebabkan ketagihan. Hanya untuk kegunaan orang dewasa yang masih ingin terus merokok atau menggunakan produk nikotin yang lain.
© 2025 Philip Morris (Malaysia) Sdn Bhd - 199301023745 - Hak cipta terpelihara.
IQOS ILUMA memanaskan tembakau, bukan cecair. Masukkan bulan dan tahun lahir anda untuk mengesahkan bahawa anda berumur 18 tahun atau ke atas dan seorang perokok.
IQOS ILUMA memanaskan tembakau, bukan cecair. Masukkan bulan dan tahun lahir anda untuk mengesahkan bahawa anda berumur 18 tahun atau ke atas dan seorang perokok.
Adakah anda berumur 18 tahun atau ke atas dan menetap di Malaysia?
Laman web ini mengandungi maklumat mengenai produk bebas asap Philip Morris International, yang khusus untuk orang dewasa di Malaysia yang sebaliknya akan terus menggunakan produk nikotin lain. Produk bebas asap bukan alternatif untuk berhenti dan tidak direka bentuk sebagai bantuan berhenti. Ia bukan bebas risiko dan memberikan nikotin yang menyebabkan ketagihan. Hanya untuk kegunaan orang dewasa. Sila lawati halaman maklumat penting untuk maklumat risiko selanjutnya. Untuk terus menggunakan laman web ini, anda bersetuju bahawa anda telah membaca dan mengesah Syarat Penggunaan dan Notis Privasi kami.
Country redirect
Sila maklum bahawa laman web ini dikhususkan untuk Malaysia. Demi memastikan pematuhan undang-undang tempatan, kami perlu membawa anda ke negara asal anda.
TERUSKAN