Sains dan penyelidikan di sebalik IQOS.
Sains dan penyelidikan di sebalik IQOS.
Perjalanan penilaian saintifik kami.
Kami telah memajukan program penilaian saintifik secara komprehensif dalam program ini secara langkah demi langkah. Program ini diinspirasikan oleh latihan di dalam industri farmaseutikal dan adalah selaras dengan panduan Federal Drug Administration 2012 bagi penilaian calon-calon produk Modified Risk Tobacco. Penilaian kami juga dilakukan selaras dengan standard antarabangsa.
Di dalam makmal, kita menemui bahawa wap tembakau IQOS adalah kurang toksik berbanding asap rokok. Para saintis kami menguji produk-produk kami secara teliti sebelum ianya sampai ke tangan perokok dewasa. Dengan menggunakan cerakin vitro di dalam makmal kami, kami membuat penilaian terhadap cytotoxicity dan genotoxicity di dalam wap tembakau IQOS berbanding asap rokok rujukan yang direka untuk tujuan penyelidikan. Bila diambil bersama, keputusan daripada assai menunjukkan bahawa wap tembakau IQOS adalah kurang toksin dengan banyak berbanding rokok rujukan.
Ini adalah sepintas lalu saja tentang kerja kami. Hasil daripada ujian-ujian ini adalah penting sebelum kami beralih menguji IQOS terhadap beribu perokok dewasa yang menyertai program kajian klinikal kami secara suka rela yang akhirnya membolehkan kami memperdagangkan produk-produk kami.
Adakah paras rendah di dalam bahan kimia berbahaya di dalam wap tembakau IQOS juga bermakna paras rendah di dalam bahan kimia di dalam tubuh? Ya betul. Adalah baik untuk beralih sepenuhnya daripada rokok kepada IQOS kerana ini boleh mengurangkan pendedahan terhadap bahan kimia berbahaya ini. Untuk membuktikan ini, kami mengukur pendedahan penanda bio bagi bilangan bahan kimia berbahaya terhadap beribu perokok yang menyertai program kajian klinikal kami (sesetengahnya beralih kepada IQOS, manakala yang lain terus menghisap rokok jenama mereka atau berhenti merokok dalam tempoh kajian).
Kajian ini menunjukkan yang apabila perokok beralih kepada IQOS, badan mereka menyerap bahan kimia berbahaya dengan paras yang jauh lebih rendah, yang akhirnya membawa perubahan di dalam jumlah penanda risiko yang dipilih berdasarkan penyakit akibat merokok. Tetapi ianya tidak berakhir di sini
Para peserta kajian klinikal kami yang beralih kepada IQOS juga telah melaporkan bahawa kepuasan menikmati tembakau adalah hampir sama dengan kepuasan menikmati tembakau daripada rokok. Berdasarkan semua bukti saintifik, kami yakin bahawa bertukar sepenuhnya kepada IQOS adalah kurang berbahaya berbanding terus menghisap rokok.
Bagaimanapun, ini adalah penting: IQOS bukan bebas risiko dan pengurangan di dalam risiko juga bergantung kepada sejarah merokok individu. Pilihan terbaik adalah untuk terus berhenti menikmati tembakau dan nikotin. IQOS bukanlah merupakan pilihan untuk berhenti.
Sebaik sahaja IQOS tersedia di pasaran, penyelidikan bertukar daripada kajian prapemasaran kepada pasca pemasaran pasaran dunia sebenar. Dari situ, kami melihat bagaimana produk tersebut digunakan, siapa menggunakannya dan ini adalah langkah untuk memenuhi penemuan prapasaran dan kami melakukan yang terbaik untuk mengenal pasti dan mencegah penggunaan oleh pengguna bukan sasaran. Selepas diperdagangkan di kebanyakan negara, data tersedia mengesahkan pemerhatian prapasaran kami, terutamanya dari segi tarikan IQOS kepada perokok dewasa serta juga ketiadaan minat bagi perokok terdahulu.
Kami juga memantau laporan kesan kesihatan terkini di mana berjuta perokok dewasa menggunakannya. Kajian jangka masa panjang akan membantu kami untuk menilai potensi pengurangan risiko khusus IQOS. Mengumpul data-data ini untuk menjawab soalan ini adalah mengambil masa, tetapi ini adalah pilihan yang tepat.
Bukti saintifik keseluruhan tersedia sehingga kini menunjukkan bahawa beralih sepenuhnya kepada IQOS membawa kesan kurang risiko kepada kesihatan anda berbanding terus menghisap rokok.*
IQOS bukanlah bebas risiko dan menawarkan nikotin yang menyebabkan ketagihan. Keputusan terbaik yang boleh dibuat oleh perokok adalah untuk berhenti mengambil tembakau dan nikotin sama sekali.
*Sumber: Berdasarkan jumlah bukti tersedia untuk IQOS berbanding dengan terus merokok, termasuklah data pada aerosol kimia daripada 10 kajian klinikal yang dijalankan terhadap beribu para peserta di US, Jepun dan Poland, dan data daripada18 kajian bukan klinikal.